Friday, August 12, 2011

HARI PERSANDINGAN MOHAMAD ZAIRE & MASSITA

Assalamualaikum,
 Majlis Persandingan Zaire & Massita....Raja Sehari mengenakan pakaian serba hijau...Diarak dengan kumpulan kompang..memang meriah ketibaan pasangan pengantin.
 R46STUDIO menyambung tugasan dari hari akad nikah hingga hari majlis seperti dijanjikan. Zaire tetap maintain dengan senyuman dan Mass tetap ayu melayani lensa kami....

Tugasan disempurnakan dengan bantuan pasangan yang memang bersedia memberi pose2 yang menarik....tak caya tgk photo2 below!! memang berpuashati bagi R46STUDIO untuk melengkapkan hari bersejarah Zaire & Mass...

Harapan Abg Lan n Kak Nora, semoga Zaire & Mass sentiasa berbahagia dan ribuan terima kasih buat pihak keluarga Mass yang melayani kami dengan mesra sekali.... Juga kesempatan diambil sempena Ramadhan.......Selamat Menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna kali ini sebagai pasangan suami isteri...

Terima Kasih




MOHAMAD ZAIRE & MASSITA (Akad Nikah- Permatang Kuang,Penaga)

Assalamualaikum,
Zaire & Massita...Selamat diijabqabul  pada 28May 2011 di Masjid Permatang Kuang. Bermulalah kerja R46STUDIO pada hari ini. Lensa telah bersedia sejak awal lagi untuk merakam hari bersejarah pasangan pengantin.
 Segalanya berjalan lancar dari bermulanya Majlis Akad Nikah berterusan hingga ke rumah Mass...Bertambah meriahnya apabila hidangan istimewa dihidangkan....memang jarang2 dapat merasakan pengalaman hidangan seperti ini....'Hidangan Talam''...selalunya dihidangkan untuk 4org tapi buat kami 2org pun kira OKla....memang enak sungguh...dok teringat lagi ni....
Shooting kami bersambung di rumah Mas dan sedikit outdoor shoot di sekeliling kawasan rumah......sawah yang menghijau....sejuk mata memandang.
Zaire...tak lokek dengan senyuman...inilah rasanya yang Mas terpikat kepada jejaka dari Selangor ini.. Mas pula..dari mula kami mengenalinya....memang sudah dapat rasakan keramahan gadis dari Permatang Kuang ini.
Doa kami..semoga ikatan cinta ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan ramai anak ye!!






 
Bersambung lagi dengan Photoshoot sekitar Majlis Perkahwinan Zaire & Massita........